Sabtu, 18 Disember 2010

ISTILAH CACAT DARI TANAH BESAR..


Bukan mahu tunjuk pandai atau menRODD sape-sape, tp sekadar nak berkongsi. Istilah sufi ,tasauwwuf , tauhid dan sebagainya sangat masyhur di telinga kita. Lebih2 lagi masyarakat melayu nusantara kita. Tetapi semenjak  saya menjejak kaki di yaman agak aneh bagi saya atau kita mendengar perkataan seperti tazkiah ,rijal muzakka ,’lmu iman dan sebagainya.
Namun begitu ,saya sedar bukan tazkiah yang aneh tetapi tasauwwuf yang ‘gharib’ .teringat saya satu cerita…………ada sebuah pulau yang Allah takdirkan seluruh penduduknya lahir dalam keadaan tangan “kudung”sebelah. tiba-tiba suatu hari seorang dari tanah besar lemas di lautan dan akhirnya terdampar di persisiran pantai pulau tersebut .lalu penduduk pulau tersebut berpusu-pusu datang melihat dalam keadaan kehairanan dan ada jugak ketakutan. Akhirnya datanglah tok ketua melihat,memerhati.semua penduduk tidak sabar-sabar menunggu perkataan yang akan keluar dari bibir tok ketua.tiba-tiba tok ketua berkata : ini orang cacat bertangan dua dari tanah besar. Mmm….sebenarnya siapa yang cacat…..?  
Allah ‘zzawajalla yang maha bijak sebenarnya awal2 lagi telah memilih istilah2 baik untuk kita yang termaktub di dalam Al-Quran. Berapa banyak perkataan tazkiah dan tiada perkataan tasauwwuf, banyak perkataan iman dan tiada pula perkataan tauhid. Tidak masalah kita nak membuat istilah2 sendiri untuk mudah difahami tetapi jika fikir balik ,kenapa bersusah2 nak cari istilah lain kalau Allah dah bagi istilah yang baik untuk kita…jangan salah faham ye bukan salah guna istilah2 yang biasa kita guna tu tapi ,LEBIH BAIK guna istilah yang Allah pilih...macam mane..?
Jadi bila istilah ni di bawak balik ke negara kita ,jangan la pulak kita kata ini istilah cacat dari tanah besar……wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan